Tuesday, February 22, 2011

Passport Berkumpulan ke Indonesia Dah Takde??

Semalam ema pegi Imigresen sebab nak ambik form nk buat passport berkumpulan. Pegi kat kaunter 7 nak terus mintak la sekali akak cun imigresen tue tanya..

akak imig: ye dik..??

emma: saya nak mintak form untuk buat passport berkumpulan..

pastu akak tu ambik form tue..then dia tanya lagi..

akak imi: berapa orang nak pegi?

emma: 6 orang je termasuk 1 budak bawah 18 tahun..

akak imi: oo..ok..adik nak pegi mana?

emma: hurmm..nak g Bandung je kak..

imi: Ok, skarang nie dik kita dah tak keluarkan passport berkumpulan la dik..tapi kalo ke Indonesia je..negara2 lain bole lagi..

emma: oh..kenapa ye kak?


akak imi: kita memang boleh keluarkan tapi pihak imigresen Indonesia yang taknak terima dah passport berkumpulan nie..sebab ada kes orang kita dah sampai sana macam2 kena soal & kita taknak orang kita susah bila dah sampai sana.. So, sekarang nie adik terpaksa la apply passport biasa tue RM 100 sorang..

emma: ooooooooooooooo..terima kasih banyak2 kak..


then, emma search la kenapa dah tak boleh guna..rupa2nya imigresen sana marah sebab rakyat dia kalo nak masuk M'sia tak boleh pakai passport berkumpulan..hurm, balas dendam katanya. Xpela, kita ikut je prosedur apa yang imigresen sana nak..asalkan tak menyusahkan kita bila kat sana nanti.

cau sinci~~

Wednesday, February 16, 2011

Happy Anniversary



Happy Anniversary!! Ehehee..arini adalah 'hari kami'. Sangat suka dan gembira okey!! Diam x diam dah 4 tahun kami bercintan..wahh!! Last year sambut as couple, dis year as tunang..next year? InsyaAllah..wink! So skrg ne emma tgh tggu encik tunang jemput. Actually td nk balik terus, naseb baik emma call dlu ckp nak balik..kalo x mmg diri sendiri makan ati *konon2* sebab x celebrate. Huh! baru mgade2 nk buat2 merajuk esok..terus x jadi..hehee!!

cau sinci~~

Tuesday, February 1, 2011

Fresh Flower

Halu2.. Nie nak cite pasal fresh flower. Emma memang suka nau ngan fresh flower dan memang nk hantaran tunang pakai fresh flower. Makanya, seminggu b4 majlis Emma ngan ofismate telah menerjah kedai bunga yang biasa Emma pegi kat Petaling Street. 1st pegi sbb nak tgk harga bunga. 2nd Emma nk beli span basah (H20) dgn bekas utk letak bunga skali. Setakat nie, kedai bunga nie jela yang paling murah Emma jumpa kt KL. Nie details kedai tue.


Weng Hoa Flower Boutique Sdn. Bhd 1 Lorong Hang Lekir, Off Jalan Hang Lekir, (Jln Cecil) 50000, Kuala Lumpur
Landmark : Maybank, Hotel Malaya (kalo naik Putra LRT trun Pasar Seni)
Tel No.: +603-2032 5288
Waktu perniagaan : 10 pagi - 10 malam (if im not mistaken)
Waktu best : 8.00 mlm (time ne lori baru sampai nk turunkan bunga)


Harga barang yang saya beli dan yang saya tanya kat auntie kedai tue (thn 2010) 1. Rose takde net 1 bundle = RM 13 (20 kuntum) 2. Baby breath 1 bundle = RM 15 (bole gubah 5-6 dulang) 3. Bunga kecik2 (peacock white) 1 bundle = RM 9.50 (byk gilo) 4. Bekas plastik utk bunga = RM 0.30 (bulat)/ RM 0.50 (petak) 5. Span basah (H20) = RM 1.50 *kat Nilai3 RM 2.50 & RM 2.00* 6. Span bunga biasa = RM 1.50 *Nilai3 pon same* 7. Food flower = RM 2.00 kot Chaw sinci~~

CHECKLIST HANTARAN

Halu...

Nie checklist barang hantaran. Bagi saya checklist nie penting..bkan ape, nanti idok ler kita membazir terbeli benda lain gamaknya *ate teman x boleh tgk barang,sumenyee bekenan..hahahaha". Actually, memula kiteorg just nak bagi makanan n barang2 bagi masa kawin nanti tapi tiba2 En. Boipren(dulu la)ada beli barang yang rasanya boleh jugak buat hantaran so terus ler curik sat dan secara otomatik terus jimat.:D Hantaran kiteorg 7 balas 9.

Dari pihak perempuan

1. Sirih junjung
2. Kek - Tempah Dlovelymuffin.blogspot
3. Buah
4. Coklat / Manisan
5. Sling Bag
6. Kemeja
7. Towel
8. Bunga Rampai
9. Cookies

Dari pihak lelaki

1. Sirih junjung
2. Kek
3. Buah
4. Coklat / sweets
5. Kain pasang
6. BUnga Rampai
7. Towel
+ Last minit ada pulut manis (pihak lelaki kata dieorg x biasa bg hantaran xde pulut manis) - ktorg ok je..org nk bagi kita amik dgn ikhlas..:D