Wednesday, December 2, 2015

Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang: Anak ke-2


Salam..

Dulu aku ada cerita pengalaman aku bersalin kat Hospital Ampang kan. Okeh..ni nak cerita lagi..hihii. Untuk aku yang pernah bersalin kat Hospital Ampang dulu..aku dah pernah rasa and dah tau selok belok kan..so senang la. Sebab tu pilih Hospital Ampang lagikk.

Aku EDD 20 Mei..tapi sama macam anak 1st..overdue 4 hari. Masa last aku check up..doktor dah siap admission form untuk aku sekiranya dah nak bersalin kat HKL. Aku check up HKL tapi beranak is Hospital Ampang. Kenapa HKL? Sebab aku keje HKL tu sebab checkup HKL. Jadi takkyah la lari sana sini. Rumah mak kat Ampang tu yang bersalin sana..dekat.

Okeh..EDD aku is Rabu tapi aku tak rasa apa-apa tanda lansung. Elok je makan dengan tenang..kahkahkah. Khamis pergi keje macam biasa dan Jumaat juga seperti biasa. Tapi hari Jumaat tu lepas je breakfast terasa macam kontrasi sikit dan rasa perut turun ke bawah sgt. Tapi aku wat lek wat peace je lagi. Tengahari tu aku siap pegi Sogo membeli belah untuk last sebelum bersalin. Petang tu call husband bagitau rasa yang pagi tu..tapi aku cakap belum lagi. Balik keje malam tu hubby ajak pergi Uptown saja jalan. Dia kata larat tak..aku kata tak larat nak jalan. Tapi bila dipikirkan balik aku kata boleh la..nak exercise. Dulu anak 1st pon aku exercise. Kekdahnya taknak kena induce kata kau..kan dah overdue 2 hari tu. Maka berjalan la ke Uptown malam tu dengan rasa sakit sejam sekali. Beli la otomen untuk si bakal jadi abang masa tu..untuk buat dia lupa kat aku jap masa aku masuk wad.

Hari Sabtu..overdue hari ke-3
Malam sebelum tu aku tak tidur sangat..biasa la sakit contraction bersalin ni kalau waktu malam rasa dia kuat. Bangun pagi tu lepas Subuh aku bantai tidur sampai pukul 10..hahahaa. Ambik kau sebab tak rasa sakit. Bangun terus siap pergi lunch kat luar. Ikutkan lunch tu aku nak siap pergi umah mak kat Ampang. Konon nak standby la kenn..tetiba x rasa sakit. Makanya plan dah tukar balik umah dah relax layan tv kat umah. Petang tu aku ajak husband pergi pasar malam..sempat la tawaf 2x. Masa tu rasa jugak sikit sikit tapi orang cakap kalau lagi sakit lagi kita tahan nanti cepat bersalin. Sambil jalan tu aku Istifar je. Malam tu ada bola final..ingat lepas bola nak pergi umah mak. Tak jadi lagiiiii..hahahahaa. Sebab aku dah tertidur..laki kejut aku cakap esok jela B..tak sakit lagi. Dia pon bantai tidur dengan aku dan cakap kalau sakit kejut B kuat2 tau.

Ahad..pukul 3 pagi..
Tetiba terjaga sebab rasa contraction yang tekejut2. Aku pon duduk jap..bangun pelan pelan pergi dapur. Kemas dapur, basuh pinggan sebelum tinggalkan umah lama. Siap2 semua bag untuk pantang kat umah Seremban. Kemas2 tak sedar dah pkul 5.30 pagi. Masa tu sakit dah 30min sekali. Tak lepas mata aku dok kira berapa minit sekali sakit. Kejut husband suruh bangun..mandi solat n ready nak pergi hospital. Masa tu pukul 6.30 pagi..call abang aku suruh singgah umah tolong bawak barang turun. Dia baru balik keje malam. Dia sampai n siap susun brg dalam kereta pukul 7.30 pagi. Terus gerak pergi Ampang umah mak hantar Rayyan. Aku dah siap call mak ayah..mertua semua bagitau nak pergi hospital. Mintak maaf segala..doakan semuanya selamat. Kesian Rayyan otw pergi rumah mak dia tidur atas pangku aku. aku peluk je dia sampai umah mak. Aku takut kot2 tu last aku peluk dia. *nangis* sedih la woi. Sampai umah mak pukul 8.00 pagi..salam mak ayah semua. Mak peluk aku kuat2 cakap 'ema kuat..mak doa ema & baby selamat'. Mak cium aku *nangis lagi*. Terus pergi hospital..otw hospital singgah petronas beli milo 2 kotak n biskut tiger. Tu je yang aku nak masa tu.

8.30 pagi sampai PAC Hospital Ampang. Pergi kaunter bagi buku pink and bagitau apa yang kita rasa. Aku bagitau semua yang aku dah rasa sakit 30min sekali. Takda tanda yang keluar cuma sakit contraction. Overdue 4 hari. Nurse suruh masuk tukar kain n ambik urine. Lepas tu baring check bukaan. Check je doktor kata 4cm. Masa ni husband dah pergi daftar untuk masuk wad. Aku dah siap bukak semua n tukar baju hospital. Nurse tolak pergi labour room. Aku ingat lambat lagi la nak bersalin..masa tu dah pukul 9 pagi. Aku naik katil labour room..terasa sejuk nau kali ni siap mintak blanket. Elok je baring rasa contraction kuat sangat. Masa tu posisi mengiring ke kiri. Tak tahan betul..aku baca semua doa. Tetiba rasa sakit sangat n nak meneran. Aku cakap sakit nurse..saya nak meneran ni. Ehh..belum lagi, tadi kita check baru 5cm. Tapi saya rasa macam nak meneran..cuba check berapa bukaan saya..masa tu rasa tu tak datang lagi. Dia tanya "awak ada minum air selusuh ke? takkan cepat sangat. Aku kata takde nurse..saya minum milo dengan biskut tiger je 2 keping. Check la cepat. Masa tu dia dah ready nak check..tekejut dia dahh fully. Haa..betul la apa yang aku rasa. Aku tak pernah rasa nak meneran macam tu. Yang 1st baby kan aku ambik epidural..tak rasa sakit kan. Kali ni dari rumah dah nekad nak bersalin tak ambik epidural. Masa tu dalam hati..misal kata la dia cakap baru 7cm dengan sakit macam tu..memang ambik epidural.

So sekarang aku ready rasa meneran macam nak berak sembelit tu datang..untuk push. Nurse dah siap panggil husband. Nurse cakap bagus la..cepat betul bukaan awak. Dalam labour room masa tu yang ada suami..doctor pakar, doctor, JM and sister. Hubby tak putus bagi semangat..masa dah ready nak teran tu..aku tarik nafas sekali teran je dah nampak kepala..hubby cakap, ok sayang dah nampak kepala..sikit lagi. Aku pon tarik nafas..push kuat terus keluar laju bedezup hilang rasa sakit..teran sikit lagi untuk keluar uri. Fuhh..lega. 2x teran. Dah siap potong tali pusat terus dia letak baby kat dada "nah baby awak..putih melepak". Terus rasa tak percaya..9.25pagi aku bersalin. Air mata laki bini berjujuran gembira. Alhamdulillah..baby girl 2.8kg. Pecah rekod keluarga sebelah husband. Laki ai semua adik beradik lelaki..abang2nya pon dapat anak semua lelaki. and baby aku adalah puteri pertama dalam family dia, Welcome to the world sayang mama papa.

Lepas tu diaorang ambik baby nak bersihkan..nurse pon ready nak jahit. Adoi jahit..lagi lama aku rasa dari bersalin. Dah siap jahit semua..tukar katil and tunggu dieorg hantar ke wad. Sementara tunggu staff hantar ke wad..sempat la aku dengar labour room depan aku tu menjerit. Orang Myammar..risau betul aku dengar. Nasib baik dah bersalin..kalau aku belum bersalin la masa tu..mungkin cuak jugak jadinya walaupun memula berani je kann..hahahaa. Aku mintak wad kelas 2..selesa sikit and Alhamdulillah ada kosong. Masuk je wad terus susukan baby sampai baby tidur. Sementara baby tidur terus aku bersihkan diri n mandi wajib Wiladah sekali. Dah wangi2..baru makan n tidur. Esok tu pagi2 kakak ipar datang wad hantar nasik putih n daging bakor. Terus makan..pastu doctor datang check dah boleh discaj. Yeay..x sabar nak balik jumpa abang Rayyan..baru semalam tak tidur sama dah rindu.

Nak puji la..Hospital Ampang semua staff baik x kira la sapa. Semua layan baik. Alhamdulillah.

Ok la..tu je nak cerita..nanti cerita pasal baby lagi keh. Tapi taktau la bilanya pulak nak update..mungkin masa dah mengandung kali ketiga..wahahahaa. Bye



Thursday, November 12, 2015

Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Anak Perempuan


Salam..

Lama tak update blog. memandangkan dah lama tak update..so dengan ini saya mengumumkan saya telah mengandung anak ke-2! *tepuk tangan untuk diri sendiri*..yehuu! Okeh..ni sebenarnya post yg dah tersimpan lama nau. Cerita sebenar untuk date hari ni adalah aku dah bersalin pon n baby dah nak masuk 6 bulan..hahahaa. Nampak tak berapa lama cerita ni tersimpan.

Hari ni aku nak cerita perbezaan mengandung anak lelaki n yang 2nd anak perempuan. Ni mengikut apa yang aku rasa tau..hehee



Anak Lelaki
1. Masa check UPT..2 line pekat warna merah..memang clear habis. Laju je perginya.
2. Tak ada morning sickness lansung..muntah takda..mengada2 memang takda.
3. Kuat bersolek..nak pergi kedai runcit je pon pakai lipstik..haa..ko rasa??
4. Asyik makan seafood je..tak suka benda manis. Tapi suka masak..macam2 aku masak masa preggy ni. Siap orang order kuih lagi pon aku buat
5. Perut membulat.
6. Orang asyik cakap muka berseri je. *kau nak cakap muka aku hodoh la kan sebelum preggy? ciss sangat!*
7. Suka pakai perfume. Suka bau2an termasuk bau ketiak laki. Buruk betul perangainya tapi itulah hakikat. Hahahaa.
8. Kuat makan..semua benda pon makan. Berat before preggy is 55kg. After 69kg.
9. Aerola breast hitam. Pastu ada line coklat lurus je kat tengah2 badan. Banyak strech mark.

Anak Perempuan
1. Masa check UPT..2 line tapi warna tak berapa pekat.
2. Morning sickness yang sangat teruk sampai jadi wholeday sickness bukan morning je ok. Muntah and sakit kaki dan pinggang juga tak dapat dipisahkan. Muntah dari awal pregnancy sampai dah nakn due pon..haa..terbaik lah.
3. Semua benda pon tak boleh bau. Husband balik suruh mandi terus..kesian hahahaa.
4. Suka makan benda yang manis. Buah yang lagi manis lagi suka. Pernah tak makan lunch sebab makan buah je RM5. Masa tu taktau pregnant. Semua pon pelik tgk aku.
5. Tak boleh bau minyak masak kat rumah jadinya asyik makan kat luar jelah..hahahaa. Bau minyak wangi pon tak suka. Sapa pakai pastu naik kereta dengan aku kena la bebel jap.
6. Pemalas nak mams..tapi malas2 pon kena buat jugak kan. Cuma lambat la sebab malas.
7. Tak suka makeup. Tak suka urus diri..selekeh. tak kira la pegi mana pon. Sampai budak opis aku cakap.."ma, kau takyah pregnant la..buruk nau la..dengan tudung sume x kemas"..hahaa. Selekeh sangat.
8. Tak suka makan nasi atau benda lain sampai kena marah dengan doctor sebab berat naik ciput je. Berat asal 52kg..n sampai due 57kg je. Aku pon risau nasib baik takda pape.
9. Kuat berjalan. Hari2 berjalan. 2 hari sebelum bersalin aku round Sogo. Sehari sebelum dalam sakit2 pon aku bantai pergi pasar malam tawaf 2x..pening kepala laki aku ikut aku.
10. Suka tidur mengiring sebelah kanan.
11. Takda strech mark lansung..perut cantik je. Ni maybe perut aku pon tak sebesar yang dulu.


Ok la..tu jela kot apa yang aku rasa perbezaan masa preggy anak lelaki n anak perempuan. Kalau aku ingat balik nanti aku tambah ye.

Terima kasih baca. #muahciked #trendskrg