Monday, April 1, 2013

Pengalaman Minggu Akhir Mengandung #Overdue


Salam..

Nie nak cerita pengalaman seminggu sebelum bersalin.

Aku punya EDD 18/2..tapi tiba pada masanya..aku tak bersalin pon. Punyalah aku tak pergi mana2 sebab dah ready la kiranya nak bersalin. Tapi tanda2 takde lansung..mak aku kata tunggu seminggu. Sebenarnya kalau dah overdue..kena pergi KK hari-hari untuk dengar denyut jantung baby. Tapi aku tak pergi pon #degil. Bukan degil sebab apa..aku malas sebenarnya..tambah pulak lakiku keje. Aku kan mengade..nak laki je temankan..hihihii

Dipendekkan cerita..21/2 aku pergi KK..pergi pon sebab hubby suruh..dia kata pergi la..takut apa2 kita tak tau. Dah dia cakap macam tu..aku pon takut la. Pergi KK mak temankan..pergi pon petang. Sebabkan petang n nurse tengok buku pink dah overdue..tak check apa2 ppon. Dia suruh pergi hospital..dia suruh pergi petang tu jugak. Nak tau aku pergi hospital bila? Hahahaa..23/2 hari Sabtu tu baru pergi hospital. Contraction dah start sejam sekali. Walaupun aku tau belum masa lagi..tapi sebab nurse hari tu dah suruh..ku pergi la jugak serah diri. Yang penting sebelum serah diri..aku pergi breakfast dengan hubby, mak n ayah dulu. Belasah la nasi lemak rendang daging, soto ayam n 2 biji kuih tepung gomak n seri muka. Haa..hamik kau..

Balik breakfast terus operasi menyerah diri..lokasi? Hospital Ampang. Sampai2 je kat PAC tu..aku daftar n bagitau dah overdue. Dia panggil masuk n suruh tukar kain. Tak ramai orang pon..ada aku n sorang patient je. Datang nurse suruh angkat kaki dia n doc nak check. Sekali check 2cm je baru bukak. Doctor suruh balik n buat surat..kalau sampai 27/2 tak bersalin lagi..kena induce.

* Doctor tu baik..dia siap pesan..Puan, nanti kalau puan dah sakit antara 15min ke 5 min baru puan datang sini balik k. Sebab ape..puan anak sulung..biasanya lambat sikit. Kalau puan datang awal..asik kena seluk je.

Disebabkan dah dapat surat untuk induce misal kata aku tak bersalin lagi 28/2. Makanya aku pon ajak hubby temankan pergi jogging. Takut kata ko nak kene induce...#orangkata induce sakit. Aku jogging maksud aku takdelah jogging beriye..aku jalan je. Petang tu jugak hubby bawak pergi tasik. Biras join sekaki. Biras aku siap gelak2 sebab aku jogging kat tangan ade sate 20sen la..pusing seround lagi bawak apam balik pulak. Last2 sekali round ade aiskrim n air. Hahaa..

Malam tu aku punya contraction dah start 30min sekali. Aku sakit waktu 1.00 pagi sampai 7.00 pagi je. Memang tak boleh tidur..setiap kali sakit aku akan tengok jam..aku kira. Pagi tu dah plan dengan hubby nak pegi jogging lagi..tapi hujan mencurah2..aktiviti jogging diteruskan di atas katil sahaja. hahahaa..petang pon hujan jugak. Malam tu sempat lagi pergi wedding kat Dewan Felda..hahaa..masa tu dah sakit 25min. Sakit2 kugagahkan jua. Masa makan sakit je letak sudu..hubby risau je tengok aku..bukan kata hubby. Kawan2 tengok pon risau. Pukul 2 pagi bangun nak shi2..sekali kuar darah seketul mcm period.

25/2..petang tu aku msg hubby suruh balik kl cepat sikit. Hubby keje Seremban..dia travel KL-Seremban hari-hari. Dia kat ofis pon tak tenang..kejap2 call tanya ok x. Start pukul 10 malam tu..aku dah xde selera nak makan dah..sebab dok tahan sakit. Pukul 1 pagi ade darah+ lendir coklat kuar lagi. Pukul 3 tu aku dah sakit 15min sekali. 1 rumah tak tidur risaukan aku..hehee. Pukul 5pg mak siapkan air panas utk aku mandi. Aku mandi dok isap lagi air hujung rambut lagi..#orangtuakata cepat bersalin. Mak masakkan bihun goreng n buat air milo. Untuk tenaga nak teran nanti. Aku makan..tapi 10min lepas tu muntah. Lepas azan n salam2 semua mintak maaf n doakan mudah n selamat..aku n hubby pon pergi hospital. Dah sampai hospital check macam biasa.

Ok..tu je untuk entri ni. Nanti next entri aku cerita pulak pengalaman bersalin k.


4 comments:

bengkungmoden said...

salam perkenalan...trma kasih sbb sudi berkongsi pengalaman puan

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Emma said...

Tq for reading jugak! Betul..1st timer memang benda takde apa pon jadi gelabah kan..hihihii.

Unknown said...

Bagus nya dapat doktor baik nasihat macam tu. Lagi2 utk anak first memang good info doktor tu bagi. Jujur je :)

Memang masa anak first kalau kena admit ward, pengalaman kena seluk tu lagi horror dari pengalaman bersalin.