Wednesday, September 26, 2012

Pregnant : Pengalaman Buka Buku Pink..Kawin Sebulan Pregnant 6 Minggu




Salam...


Lepas seminggu aku check kat umah..hari Isnin tue aku n hubby pegi Klinik Ibu dan Anak nak check lagi confirm ke tak. Aku sampai-sampai je terus pergi kaunter cakap nak check pregnant. Nurse tu suruh datang balik pukul 2. Maybe yang pagi untuk ibu2 yang dah buat appoitment.

Pukul 2.30 tu aku n hubby pergi balik klinik tu. Dia tanya dah pernah check ke? Aku cakap check kat umah je..buat sendiri. Dia kata bukan..ada check kat klinik lain ke sebelum nie..kalau ada kita nak result tu. Aku cakap takde..nie 1st time saya datang nak check. Dia tanya anak ke berapa? Ada bawak surat nikah? Aku cakap anak first..ada bawak surat tapi tak copy lagi. Dia kata takpe..kita nak tengok je. Then dia bagi 1 surat bawak pergi makmal, check air kencis dulu yer.

Lepas dah dapat result semua aku pon terus ler pergi balik kat nurse tu. Dia tanya camne result? Negatif ke positif? Aku nie manelah tau tengok form tu..ada 2 helai. Yang tercop dekat muka depan NEG. Aku pulak tak tengok page sebelah..so dengan condifennya aku jawap..entah la kak, negatif kot. Dia pon muka terkejut n cakap betul ke awak nie. Aku pon tunjuk..dia kata bukan tu la..page belakang. POSITIF la dik..tahniah. Hahahaa..bengong betul. Yang tanya pon 1..macam la aku nie pernah jadi nurse. 

Dah kata Positif..nurse tue ambik buku pink 2 ketul suruh aku isi. Baik je nurse tue layan aku..dia tau, first baby..serba sebi taktau. Dah siap isi semua dia panggil ikut dia masuk bilik. 

SOALAN


1st soalan yang dia tanya..awak baru kawin ke? Sebab tengok jari penuh inai lagi nie. Hahahaa..maluww itew tau. Aku cakap haah..baru kawin last month. Dia tanya awak dok mana? Saya dok Taman Bkt Saga. Pastu ada nurse lain menyampuk..ohh, yang kawin scallop warna biru n purple tu ke? Haa..saya la tu. Rupanya umah aku sederet dengan nurse tu..dasar tak kenal jiran aku nie. Hahahaa..

2nd soalan. Soalan biasa yang nurse n doctor akan tanya. Bila last 1st day period awak? Ingat ke? Terus jawap dengan yakin..11 May. Memang ingat sebab tanda dekat kalendar. Then nurse tu pon ambik dia punya roda tue..dia pusing2 mende tu pastu terus cakap

 "Ok, kalau ikutkan period awak tu..sekarang awak pregnant 6 minggu". Terus kemusykilan timbul n terus terkeluar dari mulut. "Tapi saya baru kawin sebulan..macamana pulak boleh pregnant 6 minggu kak". Dia jawap "jeng..jeng..jeng.. eh, awak jangan la takut. Kita kira ikut period awak. Awak period 2 minggu sebelum kawin kan? Betul tak? Sekarang dah sebulan awak kawin..tak ke 6 minggu jadinya tue? Awak nie bunting pelamin sayanggg..kita memang kira macam tu". Aku cakap bukan takut kak..terkejut saya. Saya mane tau kira-kira nie..dia pon sengih2. 

Terjawab. Yelah..awak taktau, sape2 pon tak pernah bagitau aku. Aku nie dah la bangang bab2 kira kesuburan nih. 

Pastu nurse tue suruh pergi baring. Aku ingat dia nak check perut je. Rupaa-rupanyaaa..dia check breast sekali. Lagi sekali itew aluw tau. Dia suruh aku bukak kancing..dia nak check. Aku pon.."haa..nak check? Malu la kak". Dia kata nak malu apa..dia pon ada. Pastu dia cakap "ke ada tertinggal tanda apa-apa abang buat nie?" sambil sengih..ehh, dia lak yang suka kan. Aku cakap..ehh, takda pape kak. Dia cakap saya nak check la breast awak nie ok tak..sihat ke tak. Ohh, rupanya dia check ada apa2 ketumbuhan ke. 

Nie lah pengalaman aku..kelakar pon ye. Balik tu hubby tanya..nurse tadi check ape..tergelak2 je b dengar dari luar tu. Aku pon cite la..hubby gelak n kata macam2. Tak malu ke dia check? malu la..maun nye tak malu..kikikikiii



No comments: