Thursday, May 9, 2013

Pengalaman Bersalin @ Hospital Ampang



Salam..

Ok..nak sambung pulak pasal pengalaman bersalin. 1st nak cakap pasal pengalaman bersalin untuk diri semdiri ialah..

"HAA..BARU KAU TAU RASA BERSALIN MACAMANE..'' hihihiiii

Lepas azan Subuh aku pon pergi menyerahkan diri ke Hospital Ampang. Sampai2 je kat kaunter PAC tu nanti dia tanya tanda2 apa yang keluar then dia suruh husband pergi daftarkan utk kita kat Kaunter Kecemasan. Sementara tu kita dia bawa masuk n suruh tukar pakai kain pink. Pergi toilet tukar kain n ambil urine sekali. Lepas tu terus baring kat katil..nurse pakaikan 'tali pinggang' untuk dengar denyut jantung baby tu. Doctor datang n seluk check berapa cm dah buka. Aku memang x sabar2 nak tau berapa cm dah buka..then doc kata 'orait..5cm..ready pergi labour room'.

Nurse pon siapkan tac nama tangan aku n terus tolak ke labour room. Dia panggil dulu husband n bagitau suruh tunggu kat labour room. Aku sempat cakap kat hubby 'b, dah bukak 5cm'. Masa nurse tolak tu aku rasa macam nak masuk bilik bedah..pandang lampu atas kepala..macam cite drama tuh..hahahaa. Aku masuk bilik no.10.

Oh..rupanya Hospital Ampang punya labour room satu satu. Bagus2..rasa macam dok hospital private. Masuk2 je nurse pasangkan semua benda kat badan tu. Lepas tu dia on laptop n buka ayat Al-Quran. Lega sangat bila diaorg buka ayat Al-Quran..at least kita ada semangat nak ikut baca sekali. Tengah baring aku dok perati bilik tu..pon ada ayat untuk mudah bersalin kat dinding. Kalau terlupa boleh tengok kat dinding..biasalah tengah tahan sakit..hati tengah gelabah macam2 benda datang dalam fikiran..kadang2 ayat ringkas pon kita boleh lupa. Aku dah rasa macam dok Pusrawi dah..husband pon ada je dengan aku. Apa-apa aku nak tanya..aku tanya je tak kira la doc ke..sister ke..nurse. So far semua staff labour room dari doc sampai makcik cleaner..semuanya baik. Yang paling best..takde pon doc lelaki yg dtg tengok aku..yeay!

Pukul 10 dah buka 7cm. Tapi contraction..Ya Allah..sakitnya aku memang tak tahan..semakin kuat n kerap. Mulut sentiasa x henti2 baca ayat. Mula-mula boleh control lagi suara tu..lepas2 tu aku memang dah tak control dah. Lantak la..aku memang dah sakit. Husband ada sebelah tak sudah2 bagi semangat. Aku cakap dalam hati..kalaulah husband takde kat sebelah ni..memang aku hilang semangat aku rasa. Ada sekali aku jerit kuat jugak sebab sakit sangat..sampai aku cakap dengan husband 'b, syg nak operate la..syg dah x tahan nak tahan sakit ni'. Dia pon kesian tengok aku then dia pon cakap..'ok, nanti doc masuk bagi tau doc k'.

10 minit lepas tu ada doc masuk..aku dengar dia tanya nurse aku dah buka berapa cm. Dia datang je kat aku..terus bermula dialog.

Aku : Doc..saya dah tak tahan sakit..saya nak czer jela doc..
Doc : Haa..kenapa?? awak dah ada laluan..dah buka 7cm dah pon..sikit je lagi tu.
Aku : Saya dah tak tahan dah..
Doc : Ok la..saya sebenarnya bukan doctor bersalin..sy pakar bius. Awak pernah dengar Epidural?
Aku : Pernah..ubat tahan sakit yang cucuk dekat pinggang..betul?
Doc : Betul..ubat tu akan buat awak tak rasa lansung contraction tu. Awak nak ambil epidural? Daripada Czer..baik ambil epidural. Czer nanti awak susah nak jaga..ada parut lagi.

Aku pandang husband n cakap ok la. So sister pon siapkan barang, doc d nak cucuk Epidural tu. Aku kena duduk kat katil..kaki yg tergantung letak kat kerusi..badan tunduk melengkuk sambil peluk bantal. Masa inject epidural kat belakang badan tak boleh bergerak lansung okeh..dah rasanya sangat sedap masa dia cucuk tu..terkejut kata ko! 3 kali baru aku lepas sbb aku bergerak.

Bila dah inject epidural..tiada lagi rasa sakit contraction! Aku boleh tidur dengan lenanya sampai sejam lebih sbb tak rasa lansung sakit contraction. Siap husband ambil pic aku lagi..kikikiii. Yela..mana tak mengantuk..dah berapa hari tak booleh tidur sebab sakit kan..so sesi membalas dendam la. Dalam pukul 12  terjaga still takde rasa. Aku  kesian kat hubby aku, dari td dok dengan aku..mesti lapa..aku suruh dia pergi cafe bawah makan tengahari sementara aku tak sakit lagi. 12.30 husband dah muncul kat sebelah..gila laju dia makan..kesian dia.

Pukul 1.25ptg husband cakap nak pegi Zohor jap. Aku kata pergi la..aku pon takda tanda2 pon lagi. 1.35ptg bunyi jantung baby dah tak dengar..bukan tak dengar sikit2..tak dengar lansung! Aku terus tekan button..nurse dtg n cakap dah fully open rupanya. Aku tak rasa kan sebab ambil epidural tu. Doc semua dtg..nurse,sister semua datang n ajarkan semua. Masa tu pukul 1.40. Aku cakap saya nak husband saya. Tetiba sister jerit "mintak tolong panggilkan husband Emma kat luar'. Cecepat aku kata dia takde kat luar tu..dia pergi solat. Ohh..ok,xpe..kita teruskan je. Husband awak tengah berdoa untuk awak n baby tu..awak jangan risau..kita akan bantu awak ye.

Aku dah start nak nangeh..aku nak husband aku sebelah. Memang la dia cakap dia akan bantu n bagi semangat. Husband dengan org lain..lain semangat tu. Aku pon dah start push..dia kata bila rasa nak teran baru teran..teran macam nak berak tu. Yang penting..aku siap pesan..tolong jagakan punggung saya, saya taknak banyak koyak. Ok2..kita akan tengokkan dan bagitau kalau awak angkat punggung k. Pukul 2.00 hubby pon sampai..sampai2 terus dia cemas tengok aku.

Push punya push. Memang aku dapat rasa yang aku x boleh push sangat sebab takde tenaga. Dorang ni dok la.. 'ok good puan, lagi push puan'..padahal aku dapat rasa yang aku push tu macam xde ape je..hahahaa. 10min lepas tu rasa nak push datang then aku push..diorang kirakan. Tapi turun sikit je kot..doc suruh aku take time untuk push lagi. Lepas tu push lagi..doc kata 'lagi puan, saya dah dapat pegang rambut baby nie..panjang rambut dia' hahahaa..nak tegelak aku doc kata rambut baby panjang. Jam dah tunjuk pukul 2.15ptg..doc kata dia bagi masa nak push sampai 2.25ptg je sbb masa utk bersalin 1 jam je. Kalau lebih nanti takut baby lemas or ada masalah lain. So kalau x keluar jugak baby dia nak forcep. Ada doctor tu nak vacum..tp doctor yang dari mula dengan aku tu kata..jangan2, saya nak forcep je. 2.30 ptg dia kata ok puan..kita nak forcep..nanti saya kata push, puan push ok? Ok..benda forcep tu macam penyepit besi besar. Tak rasa pon masa benda tu masuk..then da cakap push!! Sekali push baby keluar. Sangat2 tekejut..'nah baby awak'. Tepat 2.40 ptg. Memang rambut panjang..curly ikut aku. Badan biru2. Kejap je dia letak..pastu sister kata ok, nanti awak tengok lagi k..saya nak bersihkan.'

Lepas tu bermulalah nak menjahit luka pulak. Lama okeh. Aku nie dok la tanya..lambat lagi ke doc? Lambat lagi ke doc? Sebenarnye aku dah penat baring n duduk macam tu. Aku nak bangun. Doctor kata..sabar ye sayang..ada 3 lapisan nak kena jahit..kalau sakit awak sedut gas ok.

Dah setel jahit, lepas tu ada nurse datang hantar roti. Yang aku ni kan kebulur..kiranya malam semalam tu aku last makan. Aku pon terus ngap roti tu. Baru makan se'ngap' tetiba muntah! Haa..habis lantai..pulak dah.     Lepas tu ada sister masuk bawa susu. Aku bagitau dia yang aku muntah. La..awak x boleh makan dulu..awak kena minum susu je dulu lepas tu baru boleh makan sebab awak ambik epidural n gas tu memang awak muntah. Mana la aku tau kan..kebulur katanya..men bantai je. Hahahaa..tak senonoh aku punya lapar ni.

Lepas tu dia ada nurse dtg bawak troli katil..nak hantar kita masuk wad. Baby dia letak kat kaki. Aku tak tengok baby betul2 lagi. Baring kan..mana nak nampak baby. Nurse2 yang dok lalu ramai yang tengok n cakap..pandainya..keluar dari perut mata dah celik..buka besar pulak tu, pandai senyum lagi. Tak sabar aku nak tengok.

Syukur Alhamdulillah kedua kami pon selamat. Apa pon pengalaman bersalin memang mencabar. Setiap orang lain pengalaman dan perempuan sahaja yang tahu macam mana rasanya. Aku sangat bersyukur sebab semua staff Hospital Ampang sangat2 bagus, baik, takde pon yang marah2..acuh tak acuh. Semuanya ok sangat2. Mungkin rezeki masing2 kan. Alhamdulillah...


18 comments:

panda montel said...

TQ SIS utk sharing ni... eam nak tanya sikit pasal epidural. ada extra charge tak? sebb mmng wen nak bersalin kat hosptl ampng nnt. huhuhu mta email wen k... wen25cyanpr@gmail.com

Emma said...

Biasanya epidural mmg kena charge lain. Tapi sis x tau la berapa..sbb sis dulu pakai GL husband..percuma je. Dulu kakak sis ambik epidural, operation n stay kat kelas 2 for 3 days kena rm200-300 kot. Skrg xtau la.. Btw, thanks jugak for reading :)

Unknown said...

bestnya baca pengalaman u sisi.. rasa tak sabar plak nak bersalin bulan 8 nanti.. yg paling penting husbnd leh masuk tengok kan??

Emma said...

Ehehe..sabar2..nnt tiba masanya tu. Haah, kalau normal husband boleh masuk.. Btw, take care..byk kan selawat k. Sis doakan semuanya selamat nanti..amin.

AIS said...

salam..nk tnye..kena wat appointment dulu ke klu nk bsalin kt hsptl ampang?suami ade kena amek kursus ape2 tak klu nk teman kite bsalin dlm LR nnt?

Emma said...

Walaikumsalam AIS..

Masa sy dulu tak buat appointment pon..tp kat dlm buku pink nurse klinik dh tulis hospital ampang sbb dia ty nak bersalin mana. Lepas tu utk confirmation..masa sy buat checkup overdue kat hosp.ampang..sy saja ty nak kena buat appointment ke nak bersalin sbb sy dr luar. Dia cakap xyah..nanti dtg bawa buku pink n ic je.

And untuk suami takde kursus pon..ikut je masa nak bersalin tu.

AIS said...

oo..mcm tu ke..tq..:-)

AIS said...

oo..mcm tu ke..tq2..:-)

Anonymous said...

Salam Emma,

Nk tnya, husband blh teman ke ms dalam ward?

Emma said...

Wasalam.. Husband x bole teman pon..dtg waktu melawat je. Tp dia minx kad penjaga..so utk hantar brg or makanan boleh je masuk :)

niamyra said...

salam sis..syukur sis dapat layanan yg baik dari doc n nurse...masa sy bsalin kt sana bila dah masuk labour room..sy lgsg xde dengar ayat2 Al-Quraan atu surah2..dan masa sy tgah menahan sakit ( masa tu dh buka 7cm) sy di tinggalkan sorang2 dalam bilik tu..sy menjerit minta tolong..sbap sy takut ape2 jadi kt baby..biasala pengalaman pertama bsalin lgsung xde ilmu..masa tu suami belum masuk labour room sbap die pg toilet..so sy sorang2 dgn perasaan yg sangat takut dan kesakitan yg amat sgt..xde sorang nurse pun yg dtg tolong sy bila sy jerit minta tolong..bila sy dah buat bising kt dalam tu barula 2 org nurse masuk..sorang berbaju biru dan sorang berbaju putih..mereka hanya berdiri jauh dari katil sy..sy hanya teran sendiri mengikut cara teran yg betul yg sy google sendiri..mereka lgsg xde bagi nasihat atu bgtau cara2 nk teran..apatah lagi bantu sy...dalam beberapa saat sebelum baby sy keluar..suami sy dtg..terus peluk sy n bagi sy semangat baru sy rasa selamat masa tu..yg tu dah siap..pegi kepada part jahit plak..lgsg xde bius..jahit macam tu je..sy cakap nurse pliss slowly...sbap sakit sgt..sy xtau boleh mintak dia bius..tp bila tnya kawan2 yg lain dorg kena jahit doc akan bius dulu..tp knapa sy x?? bila sy menangis masa diorang jahit mulalah keluar dialog.." lepas nhe tunggu lagi 10 tahun baru bersalin balik k"...mmg sakit hati dengar..sy mmg nak lawan dia cakap..tp badan dh lemah x larat nk bersoal jawap kt situ....skrg preggy 2 bln..terfikir nk bersalin kt swasta nnti..tp bila baca pengalaman sis..sy jadi confused..so nk tnya sis..masa sis bersalin..sis ade request 1st class ke apeke..x kirela..yg penting sy dpt layanan mcm sis..sbap sy nk cari hospital swasta pun mcm rugi jer klu kt kerajaan kita ble request good service...

Unknown said...

Sis,nk tanye..kalau hospital ampang,overdue bpe hari ye kena g serah diri?

Miera Azmy said...

Assalammualaikum sis emma,

bersemangat saya baca pengalaman sis bersalin. saya sebenarnya macam nak decide bersalin kat HKL tapi bila dengar pengalaman dari colleague,wife dia 2x bersalin kat Hospital Ampang. cakap macam private hospital, nurse semua ok2. pasang ayat2 al-quran. bila baca pengalaman sis ni, baru saya macam yakin. betul lah ni. saya due hujung bulan 12. insyallah nak pergi ampang. terima kasih sis sebab kongsi pengalaman ni :)

Cici said...

hi dear jalan jalan kat blog u,

i pun beranak kat hosp ampang jugak. tapi untunya u dapat epi, I masa doc offer epi tu check2 i dah 6/7cm tak ingat pastu dia kata dah lebih 5cm so takleh ;( sodeh menaahan sakit lah i . 8cm teran habis terus 3rd tear :(

salam kenal

Emma said...

Wsalam Niamyra..

Sedihnya bila baca pasal nia bersalin..knp jadi mcm tu ye? Ramai sgt kot org bersalin masa tu. Tapi tula sis cakap..rezeki n pengalaman semua orang tak sama. Tapi ape pon semua dah selamat kan..Alhamdulillah.
Actually sis takde pon mintak 1st class..cuma lepas siap jahit tu sis bgtau nurse yg nak hantar ke wad tu nak masuk class 2..tu je :)

Emma said...

Mama Damia..dulu 10 hari overdue baru serah diri.. :)

Mommy Cici..salam kenal :)
Oo..dulu tak dapat ek? i masa tu dah 7cm..tapi dapat pulak kan. Maybe doc tu tgk i pon tak tahan sgt kot..u kuat lagi kot..hehehee.

Unknown said...

Sis nk tnye mcm mne dy dorg cek jhitan..just tgk je atau kna seluk?

ilzafizz farieyda said...

Assalam..memang pengalaman bersalin masing2 lain..macam saya 2x bersalin di hospital ampang..mmg berpuas hati dgn layanan dr pihak hospital..skg ni mengandung 6bln..due bln 12 nnt..mmg akan ke hospital ampang lagi..smg rzk sy mendapat layanan yg baik spt dulu..Amiinn..