Wednesday, March 28, 2012

HIV Test Takyah Appointment


Last week aku n encik tunangan dah buat HIV Test. Kiteorang buat kat Klinik Kesihatan Mantin, N9..area umah aku je. Senang gile wa cakap lu. Seminggu sebelum buat test..masa nak pegi keje pagi tu ku pegi singgah klinik tu cam biasa orang lain buat..nak buat appoitment. Abang yg jaga kaunter tu cakap.. " HIV test setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 - 4.00 ptg..datang je terus dik".


Wah..ini sudah bagus! Next week tu terus terjah klinik tu pukul 2.45 ptg, isi2 form..pukul 3.20 dah setel sume! Disebabkan senang..terus ku war2kan kat kawan2 lain yang nak kawin jugak. Sorang kawan ku ni..sebelum ku pegi dia dah gaduh2 dengan tunang dia sebab HIV test dieorg lambat sangat, lambat buat appointment..lambat la dapat datenye. Katanya sampai bulan 5 klinik kat KL penuh..ramai nauu orang nak kawin kan.


Lepas buat tu ku terus call dia bagitau..then terus dia ambik cuti n datang klinik area umah ku tu. Elok pulak dia memang nak pegi Nilai 3..sekali jalan je. Dari kl x jauh pon..1 jam dah sampai. So, b2b yang nak kawin, tetiba klinik penuh sangat ke kat KL tu or malas nak datang appointment..yela2 masing2 bz dengan keje masing, so takde masa nak appointment..datang je terus k.


* HIV Test boleh buat kat Klinik Kerajaan mana2 pon..x kisah la kawin negeri lain ke..janji masih dlm Msia..huhuhuu.

No comments: